Rahsia Yahudi

Baru-baru ini, seorang ahli akademik mencuri perhatian di Facebook apabila menyuarakan pandangannya mengenai kebijaksanaan bangsa Yahudi sehingga mampu melahirkan ramai cendikiawan dan menguasai 70 peratus perniagaan di dunia ini.

Ahli akademik itu pernah menetap di Israel selama tiga tahun untuk bertugas di beberapa hospital di negara
itu.

Pengalaman mendiami negara itu membuatkan dia tertarik membuat satu tesis bertajuk “Mengapa Yahudi Bijak?’

Berikut adalah kajian ahli akademik itu mengenai cara orang Yahudi mendidik anak yang bermula sebelum anak itu dilahirkan lagi.

> Ibu mengandung dan bapa akan membeli buku matematik dan mereka akan menyelesaikan masalah dalam buku itu. Ia dianggap latihan untuk melatih otak anak dalam kandungan si ibu.

> Ibu mengandung mengambil pil minyak ikan. Mereka juga gemar memakan ikan, biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Ia sama seperti amalan pemakanan Rasulullah SAW.

> Salad dan kacang adalah satu kemestian, terutama badam. Begitu juga memakan kurma bersama susu.

> Tidak amalkan merokok walaupun ahli perniagaan Yahudi diketahui antara pengilang rokok terbesar di dunia ini.

Sumber Metro Ahad.