Featured Image -- 2542

Kampungku yang dulunya Melayu..

Never Stop!

RUTIN di setiap minggu atau 2 minggu sekali saya akan pulang ke kampung di Tampin, Negeri Sembilan.

Tergerak pula hati untuk meninjau keadaan tanah yang belum dapat diusahakan terletak di kaki perumahan Taman Indah.

Tampin sudah banyak berubah. Seingat saya, semasa saya masih budak, perumahan di Taman Indah belum begitu maju malah belum ramai orang mahu duduk di kawasan itu.

Banyak sangat perubahannya. Seingat saya juga, di kawasan itu dululah tempat saya dan arwah bapa mengutip buah-buahan di kebun berdekatan.

Namun, hari ini yang menggantikannya adalah rumah teres 2 tingkat, kalau di KL layaknya seperti semi-D.

Dari pintu masuk rumah pertama di Taman Indah hinggalah sampai ke Sekolah Menengah Taman Indah (SMTI), kesemuanya dipelopori kaum Cina.

Bagaimana saya tahu? Kerana di depan rumah mereka didirikan tokong mahupun yang suka membela anjing.

Mana perginya perumahan Melayu? Dari setahun ke setahun perumahan itu mula dibanjiri kaum Cina. Sudahlah kerajaan zaman dulu memberi…

View original post 488 more words