rizqqah

Pengalaman bersalin kali kedua

HARI Sabtu, hari yg selesa utk aku sekeluarga bersantai di rumah.

Meskipun, aku sedang tunggu hari utk kelahiran anak kedua, aku masih gagah ke ofis pada Jumaat semalamnya.

Petang Sabtu, hubby ajak ke Bangi nak bawa aku makan cendol dan rojak di seksyen 4.

Sebelum Asar, aku sempat baca surah Al-Waqiah dan mohon pada Ilahi agar rezeki keluargaku bertambah dgn izin-Nya.

Masa Asar, rasa tak selesa pd tummy tp aku buat tak tau then terus bersiap nak kuar mkn.

Aku mula resah dan sakit setiap 5 minit mula bertandang tp still ignore that. Dalam kereta dari Seri Kembangan sakit makin kerap.

Hubby tanya kali kedua, “Nak terus ke Az-Zahrah atau nak makan cendol. Kanan ke hospital, kiri ke kedai cendol,”.

“Abang, terus ke hospital je lah.. tak tahan sangat dah ni,” aku jawab dgn kecewa. Kesian baby tak merasa makan cendol hari tu.

Terus ke 2nd floor hospital, nurse dan bidan check baby. Katanya, ‘bukaan bawah’ dah 6cm.

Alhamdulillah.. Lega aku dengar sbb aku tau aku tak perlu lama dlm labour room.

Tepat jangkaan aku, lepas masuk labour room jam 5.30 ptg, sakit nak bersalin hanya Allah saja yg tau.

Bersama hubby disisi, aku bertarung nyawa menunggu doktor yg sampai lewat sedikit.

“Saya dah tak boleh tahan nurse.. baby nak kuar sangat dah ni,” aku boleh rasa kepala baby dipenghujung dan baby tak sabar dah nak kuar dr perut aku.

Hubby bg kata2 semangat. Kemudian aku dgr suara doc suruh teran dan ambil nafas ikut kiraan dia utk sambut bayi. Manakala, mulut aku tak henti2 menyebut nama-Nya.

Alhamdulillah, aku lahirkan anak kedua secara normal, tanpa guna gas atau sebarang ubat yg disuntik ke badan, air selusuh jauh sekali.

kakak adik

Si adik yg aku namakan Khairun Nur Rizqqah lahir jam 7.14 petang Sabtu, 1 Mar 2014.

Si kakak pula, Khairun Nur Aqilah lahir jam 9.24 pagi Rabu, 21 September 2011.

Aqilah pun senang dilahirkan..Alhamdulillah. Dua-dua senang lahir, senang dijaga sejak kecil dan nakal tu normal lah pd budak2.

Usia yg semakin meningkat ni menarik jemari aku untuk buat catatan mengenai kelahiran kedua-dua puteri aku ni.

Kita tak tau sejauh mana umur kita dan sejauh mana kekalnya ingatan kita.. jadi sekurangnya di sini aku dapat kongsikan dgn puteri2ku dan berharap mereka akan membacanya suatu hari nanti.

Puteri-puteri ibu.. macam mana susahnya ibu sewaktu mengandung dan melahirkan kamu, begitulah ibu harapkan anak-anak ibu cekal, bersemangat dan taat pada-Nya dalam menghadapi kehidupan di dunia ini.

Ibu sayang semua anak-anak ibu. Tiada bezanya antara along, angah dan adik-adik yang lain.. Insyaallah.