baby

Ibu yang tabah miliki anak OKU

Semalam Selasa dah start keja selepas cuti dari Jumaat sempena Hari Pekerja hinggalah Isnin pula cuti Hari Wesak. Tapi rasa tak puas bercuti..

So hari ini.. aku mulakan dengan cari bahan untuk buat artikel fokus. Teringat Hari Ibu pada 10 Mei nanti.. jadinya aku kena cari content berkaitan ibu lah.

Jemput kak Sara dari PSIAKU AZWAR. Dia yang kenalkan aku dengan ibu ibu terpilih ini kerana memiliki anak istimewa.

Anak istimewa yang aku maksudkan adalah anak-anak Anak Kelainan Upaya Terlantar (AKUT) dan seorang lagi ibu yang mempunyai anak menghidap sakit saraf.

Keluarga pertama adalah Puan Fatinah yang mempunyai dua anak AKUT. seorang sudah meninggal dan seorang lagi masih dijaga dan berumur 16 tahun. Keluarga susah kerana pendapatan suami sangat sedikit. Meskipun mempunyai 2 anak yang sudah bekerja namun gaji mereka masih belum cukup untuk menampung susu, pampers dan keperluan lain adik kesayangan mereka.

Keluarga kedua Puan Zuraini. Mempunyai dua anak bermasalah juga. Yang perempuan berumur 18 tahun sakit saraf dan adik lelakinya berumur 9 tahun CP atau cerebral palsy.

Dari rumah Bangi aku ke Taman Koperasi Polis then ke Sentul then ke Selayang. Habis interview di Selayang aku ke Cheras pula. Alhamdulillah sempat singgah di dua masjid untuk Zohor dan Asar.

Dalam perjalanan dapat call daripada En Zubir owner Tam Nasi Ayam yang minta aku interview dia. Q&A dengan dia sepanjang perjalanan dari Bangsar hinggalah kat rumah Bangi.

8.50pm:

Masuk rumah.. hilang segala penat bila adik dan kakak tersengih pada aku depan pintu. Thanks anak-anak.. pembakar semangat dan kekuatan ibu🙂