chickensup

Kisah pokok herba baik demam

Sedang buat assignment bersama fotographer di Selayang petang tadi, dapat call daripada pengasuh suhu badan anakku Khairun Nur Rizqqah semakin panas.

So, jam 3pm dalam keadaan hujan lebat.. aku gerak dari Selayang ke Bandar Baru Bangi.

Sepanjang perjalanan fikiran aku kosong memikirkan adik alami demam berulang. Last sekali aku putuskan adik habiskan dulu antibiotik dan ubat demam.

Selepas mandikan adik dan siapkan dia, aku ke ruang kegemaran.. KITCHEN.

Aku ke kebun di belakang dapur, aku petik segenggam daun pokok ginseng jawa / pokok akar som (panax), daun kemangi (ocimum basilicum) dan daun kucai.

Pokok akar som / ginseng jawa
Pokok akar som / ginseng jawa
Pokok kemangi
Pokok kemangi
Daun kucai
Daun kucai

So, kita masukkan dalam periuk untuk buat sup. Caranya, rebus ayam yang dah potong dadu bersama bawang putih dan bawang merah kecil yang dah ditumbuk. Bila ayam dah masak, masukkan sayuran tadi tapi tak perlu lama ok.

Bila makan, tak terasa pahit pun malah tak terasa apa-apa pada lidah tapi cukup menyegarkan.

No wonder bila makan nasi, adik dan kakak berselera makan. Ok. Itu 1 part.

Kemudian, aku rendamkan biji kembang semangkuk dan bila dah kembang aku bagi adik dan kakak minum.

Biji kembang semangkuk
Biji kembang semangkuk

So.. itu antara cara “manual” untuk kurangkan demam panas. Cara auto lebih cepat.. makanlah ubat! Haha..

Tapi esok nak oter balik sebab lupa masukkan halia dan serai.