preggy

Preggy 7 bulan dan marathon 1 kilometer

Isnin – 18/01/2016

10am: Kereta Chevy rosak di Petronas NPE. Sampai la jam 2.30 petang barulah lori tunda appointed by Etiqa datang tarik kereta ke Bangi. Asalnya nak hantar ke bengkel area Bangsar tapi punya la mahal nak tukar alternator dekat RM500 yang bukan ori.

 

6pm: Dengar bunyi guruh berdentum. Allah! Aku berdoa sebanyak mungkin agar aku dapat ambil dua anak aku di taska. Aku keluar dari rumah sambil sorong stroller baby. Stroller tu untuk Rizqqah duduk manakala si Aqilah terpaksa la berjalan kaki je. Tak muat 2 orang duduk sekali. Serius! Aku tengok langit dah gelap semacam. Dengan perutku yang nak masuk 8 bulan, aku tolak stroller ke taska anak-anak. Dekat 1 kilometer gak la. Peluh mencurah-curah sementara bunyi guruh berdentam-dentum. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah berzikir sambil berdoa pada-Nya agar ditahan hujan seketika daripada turun, agar aku dan anak-anak tidak disambar petir ketika pergi dan balik ke rumah. Sampai sekolah, aku lelah kejap. Tapi Alhamdulillah tak terasa pula lenguh kaki atau perut sakit. Terus tolak stroller sambil layan Aqilah agar dia tak bosan sebab terpaksa jalan kaki. Si Rizqqah pula seronok agaknya sebab 1st time balik rumah open air (selalunya naik kereta atau motor je). Boleh menang marathon kami ni.

 

Sesuatu yang aku nak kongsikan.. Sewaktu aku keluar dari taska on the way nak balik ke rumah semula, aku tengok langit yang tadinya gelap berubah menjadi cerah. Awan yang mendung tadi dihembus berlalu jauh. SubhanAllah. Allah itu Maha Berkuasa untuk sekalian alam. Begitu cepatnya simpati Allah pada umat-Nya yang mengandung ini terkumat-kamit berdoa sepanjang aku berjalan dari rumah ke taska anak-anak sejauh 1 kilometer. Terima kasih Ya Allah kerana Kau mengasihani aku dan anak-anakku agar tidak kebasahan dek hujan.
Benarlah kata Allahyarhamah bonda tercinta: “Senjata umat Islam yang paling berkesan adalah doa”.

 

Tafaddal minkum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s