Dahsyatnya doa sebelum berbuka puasa

Terdapat waktu mustajab untuk berdoa, di mana doa itu tidak akan ditolak Allah SWT iaitu ketika

1. menjelang berbuka puasa.
2. menjelang makan sahur.

Sayangnya, masih ramai kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Buat pengetahuan anda semua, orang-orang di Makkah dan Madinah ketika satu jam sebelum azan maghrib sudah menadahkan tangan ke langit lalu berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahupun akhirat.

Mereka berdoa kepada Allah Yang Maha Kaya dengan syahdu sepenuh keyakinan, sehingga air mata mereka mengalir deras.

Kaum muslimin kita di sini pula mensia-siakan waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk menyiapkan hidangan berbuka sehingga menjelang azan maghrib.

Ada pula yang berkumpul menghadap hidangan berbuka. Mereka sudah dan berasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu….atau dzahaba zhoma’u….” padahal hanya mencakupi maknanya berupa laporan serta ucapan syukur.

Selepas kita memahaminya, cubalah tunaikan. Ambillah masa antara 10 ke 15 minit sebelum azan Maghrib kemudian berdoalah meminta apa saja (sebaiknya didahului dengan puji-pujian kepada Allah & salawat ke atas Nabi), kerana Allah memberi jaminan doa-doa berkenaan akan dikabulkan.

Manfaatkanlah waktumu sahabat, bukan hanya demi juadah atau berburu makanan saat menjelang buka puasa.

Berdoalah untuk diri kita, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita dan negara kita.

Musuh-musuh Islam tahu betapa hebatnya umat Muhammad SAW bila mereka berdoa kepada Allah disaat menjelang berbuka. Oleh itu, mereka membuat pelbagai tipu daya untuk melalaikan umat Islam dengan program TV dan selainnya ketika waktu mustajab iaitu menjelangnya berbuka dan menjelang sahur (2/3 malam).

Semoga nasihat yang singkat ini bermanfaat bagi umat yang belum mengetahui mengenainya.

 

12 Ramadhan 1437H

Advertisements