sedekah1

Hebatnya sedekah

Katakanlah kita sudah mati, jika Allah bagi kita peluang untuk hidup semula dan buat satu amalan saja, apakah amalan yang  kita akan lakukan?

Adakah ia solat? baca Al-Quran? selawat? sedekah? atau puasa?

————————————————

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?

* Pertama:
Sebagaimana firman Allah, “…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah…” – (surah al munafiqun:10)

Ayat itu tidak pun menyatakan “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat bersolat” atau “supaya aku dapat berpuasa”.

Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya”.

* Dua:
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

*Tiga:
Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

*Empat:
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

*Lima:
Bersedekahlah… Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

*Enam:
Faedah bersedekah, antaranya:-

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru-hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan tehadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

14. Org yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung

14 Ramadhan 1437H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s